Show Posts

This section allows you to view all posts made by this member. Note that you can only see posts made in areas you currently have access to.


Messages - matgyver

Pages: [1]
1
Arduino / Re: Bahan Bacaan Peringkat Permulaan DIY
« on: February 08, 2017, 12:15:46 am »
Beginners-beginners yang tiada latar belakang Electronics juga boleh
rujuk Blog Rasmi Matgyver.my untuk bahan-bahan bacaan mengenai Arduino
serta tutorial-tutorial simple untuk peringkat beginners.

Kami juga mempunyai youtube channel yang memberi review pada module-module Arduino yang berkenaan,
sert step-by-step video tutorial untuk cara coding.

Blog Rasmi Matgyver.my:
https://matgyver.my/category/panduan-guideline/panduan-arduino/

Video Log Matgyver.my (Youtube Channel):
https://www.youtube.com/channel/UC4KcAiRsPHu6c1YBoLxy5mA

2
RC Flight Airplane / Re: Process Flow Pembinaan RC Plane
« on: February 08, 2017, 12:09:21 am »
Wsalam wbt,

Ada banyak komponen-komponen dan variable-variable yang terlibat dalam pembinaan RC Plane.
Design asas RC Plane adalah sama saja seperti Full-Scale Plane.

Antara komponen dan variable asas yang terlibat dalam design Plane adalah:
1) Size dimension keseluruhan plane
2) Jenis plane, ada slow flyer, sports, aerobtic, 3D aerobatic
2) Wing Loading, iaitu ratio berat(berat keseluruhan) kepada Wing-Area (keluasan kepak)
3) Power-to-Weight ratio, iaitu ratio kekuatan thrust/power motor kepada berat keseluruhan Plane.
4) Expected maximum speed plane, yang berkadar lansung dengan air-speed dari angin yang ditiup oleh propeller
(di sini pemilihan propeller menjadi penting)
5) Pemilihan Size battery yang sesuai dengan durasi penerbangan.
(Perhatian: Size battery berkadar langsung dengan berat battery, lagi besar kapsiti, lagi berat)

Semua komponen-komponen di atas perlu di optimumkan untuk mendapat satu design yang baik.
Namun, tidak salah untuk mencuba-cuba design sendiri.
Kadang-kadang ada saja design flaw dalam setiap binaan yang boleh diimprovisekan
dalam Mark II, Mark III atau Mark-mark lain dalam design anda.

Kami akan menyediakan setep-by-step guide dalam satu article khas yang akan kami
post dalam Official blog kami di URL blog di bawah:

https://matgyver.my/

Untuk cover ke semua topik di atas akan memakan masa, dan panjang.
Apabila blog post tersebut telah siap, kami akan kongsikan URL post tersebut disini.

Stay tuned DIY-ers!

3
Gunakan Forum dengan Berhemah / Bagaimana Menggunakan Forum Ini?
« on: February 07, 2017, 11:55:10 pm »
Step 1: Register account.
(Hanya registered user boleh reply pada mana-mana post)

Step 2: Search atau view mana-mana topik yang anda suka.

Step 3: Contribute pada komuniti, dengan memberi pandangan atau comment pada topik tersebut
Jangan segan silu untuk me-reply atau post.
Memang Forum ini dibina untuk komuniti DIY berbincang, bertanya soalan dan berkongsi Ilmu.

Step 4: Dapatkan Notifikasi update pada topik-topik yang menarik perhatian.

Step 5: Jangan Pandang Rendah pada beginners!
Memanglah beginners mempunyai banyak persoalan-persoalan basic,
tapi ini bukan bermaksud kita perlu pandang rendah pada mereka.
Supaya ilmu-ilmu kita dapat memberi manfaat pada komunit, share kan
ilmu-ilmu kita pada golongan beginners.

Step 6: Bantu Sampai Habis
Bantulah dengan ikhlas, dan bantulah golongan-golongan beginners sehingga mereka pandai.
Apabila mereka sudah pandai, kita berkawan sama-sama.
Usah bantu sekerat-sekerat hanya kerana Tahap kita sudah jauh dari tahap beginners.


Ilmu itu sangat luas. Namun ilmu itu tidak bermanfaat jika diperap dalam fikiran kita sorang-sorang.


Sekian, selamat berforum dari Admin,

MatGyver.my
Membina Komuniti DIY

4
Salam dari MatGyver.my / Re: Selamat datang ke MatGver DIY Forum
« on: February 07, 2017, 10:37:14 pm »
Selamat Datangke MatGyver DIY Forum!

Forum ini khas untuk membina Komuniti DIY di Malaysia.

Sesiap sahaja yang berminat dengan aktiviti-aktiviti DIY yang berkaitan dengan
Arduino, Electroncis, RC, pertukangan, dijemput untuk memeriahkan Forumini!

Kongsikan pengalaman-pengalaman anda, projek-projek DIY,
serta berikan sebarang persoalan yang anda perlukan jawapan secara teknikal mahupun theory.

Kami harap, anda dapat utilize forum ini sepenuhnya untuk mendapat bantuan,
serta sama-samakita bina Komuniti DIY Malaysia.


Selamat Datang ke MatGyver DIY Forum!


Terima Kasih!

MatGyver.my
Membina Komuniti DIY

5
Kawasan Penerbangan Berhampiran / Presint 20, Taman Cabaran, Putrajaya
« on: February 07, 2017, 06:58:31 am »
Bagi sesiapa yang berada di sekitar Putrajaya, Cyber, Bangi dan Kajang, saya syorkan lokasi di sini untuk aktiviti penerbangan drone dan kapal terbang.

Kawasan sangat luas, hampir 1 km hujung padang ke hujung padang.

Untuk large scale RC pun sesuai!

Pages: [1]